Wednesday, 23 August 2017

DATO JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD

TOKOH YANG DIPILIH: DATO JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD 

LATAR BELAKANG TOKOH

FOTO DATO' JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD DI MUZIUM TOKOH JOHOR

KELUARGA


  • NAMA: DATO' JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD
  • TEMPAT LAHIR: TELUK BELANGA, SINGAPURA
  • TAHUN LAHIR: 1838
  • KETURUNAN: BENDAHARA PADUKA RAJA JOHOR DAN BENDAHARA KERAJAAN MELAKA
  • ANAK: 5 ANAKNYA MENJADI MENTERI BESAR JOHOR

KERJAYA
  • MULA BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN JOHOR KETIKA BERUMUR 16 TAHUN SEBAGAI PELATIH KERANI
  • PADA TAHUN 1858, BELIAU TELAH DILANTIK SEBAGAI KERANI BESAR
  • KEMUDIAN, BELIAU MEMANGKU JAWATAN DATO' MENTERI
  • KEMUDIAN, BELIAU DILANTIK SEBAGAI MENTERI BESAR JOHOR OLEH SULTAN ABU BAKAR
  • PELANTIKAN TERSEBUT MERUPAKAN PERISTIWA BERSEJARAH BAGI NEGERI JOHOR KERANA INILAH JULUNG - JULUNG KALINYA SEORANG MENTERI BESAR DILANTIK DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN JOHOR MODEN
  • BELIAU ADALAH  PENGIRING MAHARAJA ABU BAKAR DALAM LAWATAN PERTAMANYA KE EROPAH PADA TAHUN 1876
  • BELIAU PERNAH MEMANGKU TUGAS SULTAN JOHOR UNTUK MENJALANKAN PENTADBIRAN NEGERI KETIKA BAGINDA KELUAR NEGERI
  • PADA TAHUN 1904, BELIAU TELAH DILANTIK OLEH SULTAN SEBAGAI PEMANGKU RAJA
  • TUGASNYA YANG TERPENTING IALAH MEMIMPIN NEGERI SERTA MENJALANKAN PENTADBIRAN NEGERI
  • BELIAU ADALAH SEORANG YANG BERANI DAN BERSEMANGAT WAJA DALAM MENJALANKAN TUGASKAN

MEMENTINGKAN PELAJARAN

  • BELIAU MEMENTINGKAN PELAJARAN TERUTAMA PENDIDIKAN BARAT, AGAMA ISLAM DAN KEBUDAYAAN MELAYU
  • ANAK ANAKNYA DIMESTIKAN MEMBACA HIKAYAT DAN SYAIR, SASTERA DAN PUISI INGGERIS DISAMPING MENGAJI AL-QURAN, MAKANAN DAN PAKAIAN MELAYU.
  • SEJAK 1991, TUTOR IAITU SEORANG PEREMPUAN INGGERIS DARI SINGAPURA BERNAMA NANNY. GURU TERSEBUT DIJEMPUT DARI WOODLANDS DAN MENYEBERANG SELAT JOHOR DENGAN FERI DAN MENAIKI BECA KE BUKIT SENYUM
  • SEORANG GURU BUTA BERNAMA SHEIKH SALIMI MENGAJAR AGAMA ISLAM
  • KEMUDIAN, CIKGU SHARIFAH ENSON DARI JOHOR BAHRU MENGAJAR TULISAN JAWI DAN MEMBACA AL-QURAN
  • ANAK ANAK BELIAU JUGA DIAJAR ALAT MUZIK SEPERTI VIOLIN, GAMBUS DAN TABLA SERTA MERUAS IAITU SEJENIS GENDANG KECIL
  • MEREKA MEMBENTUK KUMPULAN GHAZAL DAN MEMBUAT PERSEMBAHAN DI SEKITAR JOHOR BAHRU
  • SEORANG TUKANG MASAK DARI TURKI MEMPERKENALKAN MASAKAN TIMUR TENGAH SEPERTI 'HARISA'.
  • TUKANG MASAK INDIA, THAMBI SHAH MEMPERKENALKAN NASI BERIYANI KEPADA RAKYAT JOHOR

SUMBANGAN

  • SEMASA BELIAU MENJADI MENTERI BESAR DARI TAHUN 1882 HINGGA 1919, SEMUA PEGAWAI BRITISH YANG BERKHIDMAT DI JOHOR DIWAJIBKAN MEMAKAI PAKAIAN RASMI KERAJAAN JOHOR.
  • BENDERA UNION JACK, IAITU BENDERA KERAJAAN BRITISH, HARUSLAH DIKIBARKAN LEBIH RENDAH DARIPADA BENDERA NEGERI JOHOR.
  • DI SAMPING ITU, SEMUA SURAT-MENYURAT MESTILAH DITULIS DALAM BAHASA MELAYU 
  • PADA 1904, JAAFAR DIARAHKAN OLEH SULTAN JOHOR MENJADI PEMANGKU RAJA DAN MERAIKAN PUTERA ARTHUR (OF CONNAUGHT) KE TANAH MELAYU
  • PADA 1889, DUKE SUTHERLAND MENGADAP SULTAN JOHOR DAN PERBUALAN ITU DIRAKAMKAN OLEH FLORENCE CADDY.

PENTADBIRAN


  • PEGAWAI BRITISH DI NEGERI SELAT BERPEJABAT DI SINGAPURA MENGANGGAP DATUK JAAFAR SEBAGAI SEORANG YANG TEGAS STRAIGHT FORWARD MAN.
  • DATUK JAAFAR BERSAMA DATUK SRI AMAR DIRAJA MENENTANG CITA-CITA BRITISH MENAKLUK NEGERI JOHOR SEHINGGA TERJADI SEDIKIT KERETAKAN HUBUNGAN DENGAN SULTAN.
  • SEBENARNYA SULTAN JOHOR MAHU MENERIMA SEORANG PENASIHAT ATAU GENERAL ADVISER PADA 1910 KERANA KALAU SETIAUSAHA NEGERI JATUH SAKIT, TIADA SIAPA LAGI AKAN MENASIHATI BAGINDA
  • GABENOR NEGERI-NEGERI SELAT BEBERAPA KALI CUBA MEMBAWA JOHOR DI BAWAH KAWALAN BRITISH SEBAGAIMANA SINGAPURA
  • MEREKA TIDAK MENEMUI SEBARANG BUKTI PEMERINTAHAN BURUK, TIDAK TERDAPAT KONFLIK ATAU PERSENGKETAAN UNTUK MEWAJARKAN CAMPUR TANGAN.
  • PADA 1885, GABENOR NEGERI-NEGERI SELAT, CECIL SMITH TELAH MEMANTAU PENJARA, KERJA-KERJA AWAM, DAN JABATAN-JABATAN KAJI SELIDIK DI JOHOR.
  • BELIAU MELAPORKAN KEPADA PEJABAT TANAH JAJAHAN BAHAWA TERDAPAT "ORGANISASI BAIK", "MEMUASKAN KEMAJUAN", DAN KERJA-KERJA" MENGAGUMKAN DILAKUKAN" OLEH PEGAWAI-PEGAWAI DAN KERANI MELAYU
  •  DALAM ERTI KATA LAIN, TIDAK ADA BUKTI SALAH ATUR UNTUK MEWAJARKAN PERLANTIKAN RESIDEN BRITISH
  • FAKTOR UTAMA IALAH PENTADBIR JOHOR TIDAK BUTA HURUF. MEREKA MENDAPAT PENDIDIKAN MELAYU ATAU PENDIDIKAN BARAT DALAM BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU.

ANUGERAH
  • DATUK JAAFAR MOHAMAD JUGA BERJAYA MENYELESAIKAN PERGADUHAN DI PAHANG DAN KLANG DAN ATAS JASANYA ITU BELIAU JUGA DIKURNIAKAN DARJAH KETIGA BINTANG ST. MICHAEL DAN ST. GEORGE OLEH QUEEN VICTORIA ENGLAND.
  • BAGI MENGENANG JASA DAN BAKTI BELIAU KEPADA KEMAJUAN NEGERI JOHOR, BAGINDA SULTAN TELAH MENGANUGERAHKAN DARJAH SERI PADUKA MAHKOTA JOHOR (SPMJ) KEPADA BELIAU.


MENINGGAL DUNIA
  • BELIAU MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 3 JULAI 1919 DI RUMAHNYA DI BUKIT SENYUM DAN TELAH DIKEBUMIKAN DENGAN PENUH ISTIADAT DI MAKAM MAHMOODIAH, JOHOR BAHRU, JOHOR.
  • SEBUAH SEKOLAH IAITU "SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO JAAFAR" TELAH DITUBUHKAN DI SEBELAH ISTANA BUKIT SENYUM IAITU KEDIAMAN DATO JAAFAR SEMPENA JASA DAN SUMBANGAN BELIAU KEPADA JOHOR.

No comments:

Post a Comment