Monday 28 August 2017

PENGENALAN



SEJARAWAN MODEN




DARI KIRI:
  1.  IWANA ADLINA BINTI EDIZAFRI (30DEN17F1003)
  2.  INAYATUS SYAHIRA BINTI SALIM (30DEN17F1002)
  3. NUR SYAHIRA BINTI SHARI (30DEN17F1009)
  4. MOHAMAD SAIFUDIN BIN ABDUL RANI (30DEN17F1006)

NAMA PENSYARAH: PUAN NAFISSAH BINTI JOHARI
SESI: JUN 2017
  • KAMI ADALAH PELAJAR POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU YANG MENGAMBIL PROGRAM DIPLOMA KEUSAHAWANAN. 
  • KAMI DIBERI TUGASAN UNTUK MENCARI MAKLUMAT BERKAITAN TOKOH PILIHAN KAMI IAITU DATO' JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD
  • KAMI TELAH MENGIKUTI PROGRAM 'MENJEJAK WARISAN JOHOR' DI MUZIUM TOKOH JOHOR DAN KOMPLEKS WARISAN SULTAN ABU BAKAR
PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Nafissah Binti Johari, Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini.  Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna
JADUAL PROGRAM

WAKTU
PROGRAM
8.00 AM
SEMUA PELAJAR BERKUMPUL DI POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU
8.30 AM
BERGERAK DARI PMJB KE MUZIUM TOKOH JOHOR (BUKIT SENYUM)
8.45 AM
TIBA DI MUZIUM TOKOH JOHOR (BUKIT SENYUM)
9.00 AM
DIBERI TAKLIMAT OLEH WAKIL PENSYARAH TENTANG TUGASAN
9.30 AM
TAKLIMAT DARIPADA PIHAK PENJAGA MUZIUM KEPADA PARA PELAJAR TENTANG BUKIT SENYUM
10.00 AM
PELEPASAN MENCARI BAHAN DAN MAKLUMAT TOKOH
11.30 AM
BERGERAK DARI MUZIUM TOKOH JOHOR KE KOMPLEKS WARISAN SULTAN ABU BAKAR
11.45 AM
REHAT
12.30 AM
DIBERI PELEPASAN MASUK KE KOMPLEKS UNTUK MENCARI MAKLUMAT WARISAN JOHOR
1.00 PM
BERGERAK KE BAHAGIAN PERSURATAN DAN SEJARAH YAYASAN WARISAN JOHOR UNTUK MENCARI MAKLUMAT TENTANG TOKOH YANG DIPILIH
1.30 PM
BERGERAK BALIK KE POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU

VIDEO DATO' JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD



DATO' JAAFAR MUHAMMAD



Wednesday 23 August 2017

DATO JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD

TOKOH YANG DIPILIH: DATO JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD 

LATAR BELAKANG TOKOH

FOTO DATO' JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD DI MUZIUM TOKOH JOHOR

KELUARGA


  • NAMA: DATO' JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD
  • TEMPAT LAHIR: TELUK BELANGA, SINGAPURA
  • TAHUN LAHIR: 1838
  • KETURUNAN: BENDAHARA PADUKA RAJA JOHOR DAN BENDAHARA KERAJAAN MELAKA
  • ANAK: 5 ANAKNYA MENJADI MENTERI BESAR JOHOR

KERJAYA
  • MULA BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN JOHOR KETIKA BERUMUR 16 TAHUN SEBAGAI PELATIH KERANI
  • PADA TAHUN 1858, BELIAU TELAH DILANTIK SEBAGAI KERANI BESAR
  • KEMUDIAN, BELIAU MEMANGKU JAWATAN DATO' MENTERI
  • KEMUDIAN, BELIAU DILANTIK SEBAGAI MENTERI BESAR JOHOR OLEH SULTAN ABU BAKAR
  • PELANTIKAN TERSEBUT MERUPAKAN PERISTIWA BERSEJARAH BAGI NEGERI JOHOR KERANA INILAH JULUNG - JULUNG KALINYA SEORANG MENTERI BESAR DILANTIK DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN JOHOR MODEN
  • BELIAU ADALAH  PENGIRING MAHARAJA ABU BAKAR DALAM LAWATAN PERTAMANYA KE EROPAH PADA TAHUN 1876
  • BELIAU PERNAH MEMANGKU TUGAS SULTAN JOHOR UNTUK MENJALANKAN PENTADBIRAN NEGERI KETIKA BAGINDA KELUAR NEGERI
  • PADA TAHUN 1904, BELIAU TELAH DILANTIK OLEH SULTAN SEBAGAI PEMANGKU RAJA
  • TUGASNYA YANG TERPENTING IALAH MEMIMPIN NEGERI SERTA MENJALANKAN PENTADBIRAN NEGERI
  • BELIAU ADALAH SEORANG YANG BERANI DAN BERSEMANGAT WAJA DALAM MENJALANKAN TUGASKAN

MEMENTINGKAN PELAJARAN

  • BELIAU MEMENTINGKAN PELAJARAN TERUTAMA PENDIDIKAN BARAT, AGAMA ISLAM DAN KEBUDAYAAN MELAYU
  • ANAK ANAKNYA DIMESTIKAN MEMBACA HIKAYAT DAN SYAIR, SASTERA DAN PUISI INGGERIS DISAMPING MENGAJI AL-QURAN, MAKANAN DAN PAKAIAN MELAYU.
  • SEJAK 1991, TUTOR IAITU SEORANG PEREMPUAN INGGERIS DARI SINGAPURA BERNAMA NANNY. GURU TERSEBUT DIJEMPUT DARI WOODLANDS DAN MENYEBERANG SELAT JOHOR DENGAN FERI DAN MENAIKI BECA KE BUKIT SENYUM
  • SEORANG GURU BUTA BERNAMA SHEIKH SALIMI MENGAJAR AGAMA ISLAM
  • KEMUDIAN, CIKGU SHARIFAH ENSON DARI JOHOR BAHRU MENGAJAR TULISAN JAWI DAN MEMBACA AL-QURAN
  • ANAK ANAK BELIAU JUGA DIAJAR ALAT MUZIK SEPERTI VIOLIN, GAMBUS DAN TABLA SERTA MERUAS IAITU SEJENIS GENDANG KECIL
  • MEREKA MEMBENTUK KUMPULAN GHAZAL DAN MEMBUAT PERSEMBAHAN DI SEKITAR JOHOR BAHRU
  • SEORANG TUKANG MASAK DARI TURKI MEMPERKENALKAN MASAKAN TIMUR TENGAH SEPERTI 'HARISA'.
  • TUKANG MASAK INDIA, THAMBI SHAH MEMPERKENALKAN NASI BERIYANI KEPADA RAKYAT JOHOR

SUMBANGAN

  • SEMASA BELIAU MENJADI MENTERI BESAR DARI TAHUN 1882 HINGGA 1919, SEMUA PEGAWAI BRITISH YANG BERKHIDMAT DI JOHOR DIWAJIBKAN MEMAKAI PAKAIAN RASMI KERAJAAN JOHOR.
  • BENDERA UNION JACK, IAITU BENDERA KERAJAAN BRITISH, HARUSLAH DIKIBARKAN LEBIH RENDAH DARIPADA BENDERA NEGERI JOHOR.
  • DI SAMPING ITU, SEMUA SURAT-MENYURAT MESTILAH DITULIS DALAM BAHASA MELAYU 
  • PADA 1904, JAAFAR DIARAHKAN OLEH SULTAN JOHOR MENJADI PEMANGKU RAJA DAN MERAIKAN PUTERA ARTHUR (OF CONNAUGHT) KE TANAH MELAYU
  • PADA 1889, DUKE SUTHERLAND MENGADAP SULTAN JOHOR DAN PERBUALAN ITU DIRAKAMKAN OLEH FLORENCE CADDY.

PENTADBIRAN


  • PEGAWAI BRITISH DI NEGERI SELAT BERPEJABAT DI SINGAPURA MENGANGGAP DATUK JAAFAR SEBAGAI SEORANG YANG TEGAS STRAIGHT FORWARD MAN.
  • DATUK JAAFAR BERSAMA DATUK SRI AMAR DIRAJA MENENTANG CITA-CITA BRITISH MENAKLUK NEGERI JOHOR SEHINGGA TERJADI SEDIKIT KERETAKAN HUBUNGAN DENGAN SULTAN.
  • SEBENARNYA SULTAN JOHOR MAHU MENERIMA SEORANG PENASIHAT ATAU GENERAL ADVISER PADA 1910 KERANA KALAU SETIAUSAHA NEGERI JATUH SAKIT, TIADA SIAPA LAGI AKAN MENASIHATI BAGINDA
  • GABENOR NEGERI-NEGERI SELAT BEBERAPA KALI CUBA MEMBAWA JOHOR DI BAWAH KAWALAN BRITISH SEBAGAIMANA SINGAPURA
  • MEREKA TIDAK MENEMUI SEBARANG BUKTI PEMERINTAHAN BURUK, TIDAK TERDAPAT KONFLIK ATAU PERSENGKETAAN UNTUK MEWAJARKAN CAMPUR TANGAN.
  • PADA 1885, GABENOR NEGERI-NEGERI SELAT, CECIL SMITH TELAH MEMANTAU PENJARA, KERJA-KERJA AWAM, DAN JABATAN-JABATAN KAJI SELIDIK DI JOHOR.
  • BELIAU MELAPORKAN KEPADA PEJABAT TANAH JAJAHAN BAHAWA TERDAPAT "ORGANISASI BAIK", "MEMUASKAN KEMAJUAN", DAN KERJA-KERJA" MENGAGUMKAN DILAKUKAN" OLEH PEGAWAI-PEGAWAI DAN KERANI MELAYU
  •  DALAM ERTI KATA LAIN, TIDAK ADA BUKTI SALAH ATUR UNTUK MEWAJARKAN PERLANTIKAN RESIDEN BRITISH
  • FAKTOR UTAMA IALAH PENTADBIR JOHOR TIDAK BUTA HURUF. MEREKA MENDAPAT PENDIDIKAN MELAYU ATAU PENDIDIKAN BARAT DALAM BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU.

ANUGERAH
  • DATUK JAAFAR MOHAMAD JUGA BERJAYA MENYELESAIKAN PERGADUHAN DI PAHANG DAN KLANG DAN ATAS JASANYA ITU BELIAU JUGA DIKURNIAKAN DARJAH KETIGA BINTANG ST. MICHAEL DAN ST. GEORGE OLEH QUEEN VICTORIA ENGLAND.
  • BAGI MENGENANG JASA DAN BAKTI BELIAU KEPADA KEMAJUAN NEGERI JOHOR, BAGINDA SULTAN TELAH MENGANUGERAHKAN DARJAH SERI PADUKA MAHKOTA JOHOR (SPMJ) KEPADA BELIAU.


MENINGGAL DUNIA
  • BELIAU MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 3 JULAI 1919 DI RUMAHNYA DI BUKIT SENYUM DAN TELAH DIKEBUMIKAN DENGAN PENUH ISTIADAT DI MAKAM MAHMOODIAH, JOHOR BAHRU, JOHOR.
  • SEBUAH SEKOLAH IAITU "SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO JAAFAR" TELAH DITUBUHKAN DI SEBELAH ISTANA BUKIT SENYUM IAITU KEDIAMAN DATO JAAFAR SEMPENA JASA DAN SUMBANGAN BELIAU KEPADA JOHOR.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita hendaklah menghargai segala jasa - jasa tokoh tokoh di
negara kita. Terutamanya tokoh negeri kita iaitu Johor kerana mereka telah bertungkus lumus demi memajukan negeri Johor dari segi pendidikan, pentadbiran, ekonomi, kesihatan, keselamatan dan sosial. Sumbangan khidmatnya pada negeri Johor begitu besar ketika mentadbir negeri. Oleh itu, kita harus lah menjaga kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang telah dibangunkan dengan maju oleh tokoh tokoh ini